Tuesday, February 22, 2011

Asas Pemakanan : Etika Diet Rasulullah S.A.W.

Penulis: Cik Petai

Wow!
Lama betul aku tak post kat FoodCulprits. Maafkan kesibukan aku yang melampau. Idea ada jek untuk dikongsi dengan orang lain. Cuma, kekangan masa dan mood tak de. Mujur RedChocz ada untuk berkongsi kisah menarik mengenai food packaging kan? =D

By the way, sebelum aku proceed ke topik-topik menarik seperti makan untuk cantik, macam mana hendak kurus cara Cik Petai, dan teknologi pemprosesan makanan yang sangat menarik, biarlah aku start dengan basic pemakanan yang sihat. Kena ada basic dulu, baru kite pergi lebih mendalam.  Ya, kita sama belajar dan berkongsi apa yang tahu.

Yeah! Back to basic. 

Cuba tanya diri sendiri, adakah kita semua mengikut cara pemakanan sunnah Rasulullah S.A.W? Atau mentekedarah je apa yang dihajatkan?

Tak perlu nak Google ke sana ke mari, camne nak makan dengan sihat dan elak penyakit. Dalam al-Quran dan lengkap segalanya. Mari kita bermula dengan yang paling asas dulu ya!


Antara tata cara pemakanan Rasulullah S.A.W. ialah:



1. Mulakan dengan Bismillah

 Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' "(HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.Kalau sakit perut tu, mungkin lupa baca Bismillah?



2.  Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran Rasulullah S.A.W.. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu."  Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh.".  Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (HR Muslim)
Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya."  (HR Muslim)

Tahu tak kenapa Rasulullah gunakan tangan? Kenapa bukan kayu or batu atau daun? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.



3. Makan yang berhampiran.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (HR Bukhari dan Muslim)



4. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.



5. Cara minum

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. 

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas semasa kita minum, kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air. Dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.




6. Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim) 



7. Larangan mencela makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

Mungkin bermula dari hari ini, jangan nak komen makanan tu berlebih-lebihan. Ianya lebih baik dari tak dapat makan langsung kan? Kalau tak suka, senyap dan cari makanan lain.



8. Tidak bersandar ketika makan

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)



9. Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)



10. Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)



11. Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)

Aku wajib jilat jari selepas makan. Cuba untuk mengikut sunnah Nabi mana-mana yang aku mampu. Nikmat dia lain tau. Lebih kenyang dan puas hati. Makanan terasa lebih sedap. Hehe. Cubalah. 



12. Doa setelah selesai makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi S.A.W. apabila selesai makan menyebut,
'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in, wa la
mustaghnan 'anhu rabbana'." (HR Bukhari) 

Dari Muad bin Anas r.a. berkata:  Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang selesai makanan kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi
min ghairi haulin minni wa la quwwatin',  akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."  (HR Tirmidzi)



13. Galakan bercakap

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, "Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadith yang dibawakan oleh Jabir r.a. sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam "Bab memuji makanan." 
Imam Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang salih dalam makanan.(al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)

Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.

Tetapi, tidaklah bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut.


Aku rasa cukup setakat ini dulu. Cuba amalkan perlahan-lahan sunnah Nabi S.A.W kita ni. Insya Allah kurang penyakit dalam diri kita. 




Firman Allah bermaksud: 
“Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf: 31) 
dan “Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu kufur dengan Tuhannya.” (Surah Al-Israk: 27)


Nantikan post seterusnya dari kami!

Thursday, February 17, 2011

PACKAGING

Penulis: RedChoz

Rekaan pembungkusan makanan semakin hari semakin canggih. Bukan sahaja cantik di pandang, malahan boleh menjamin kualiti makanan supaya sentiasa baik.

Tahukah anda bahawa pembungkusan makanan seperti produk berasaskan daging amat memerlukan penetilian yang tinggi kerana daging merupakan makanan yang mudah rosak jika tidak diselia dengan baik.

Pada tahun 2008,  saintis bernama veronique telah berjaya mencipta inovasi dalam pembungkusan produk daging yang mampu memanjangkan shelf life produk tersebut. Beliau telah mencipta pembungkusan makanan yang mengandungi antimicrobial.  Fungsi antimicrobial ini ialah menentang bakteria yang menjadi punca makanan rosak. Jadi, bila bacteria tidak aktif, makanan boleh disimpan dengan lebih lama. Hebat!

Jika teknologi ini berada di pasaran, adakah kemungkinan makanan dibenarkan post ke luar negara buat pelajar - pelajar yang rindu pada masakan ibunda tercinta?

Rindu masakan mak? Pos sahaja rendang daging dan kuah kacang menggunakan plastik antimicrobial. Tetap lazat dan segar walaupun sudah berbulan - bulan. =)


Okeh, jom check it out pembungkusan yang unik.




Cute betul packaging macam ni. Rasa nak buat perhiasan gantung pada dinding. Oh, ini adalah sausage.



 

Salami sausage ini dibungkus dengan bungkusan yang tertera 24 garis pemotong yang boleh juga digunakan sebagai kalender - sepotong salami setiap hari! 








Nampak seperti daun buluh yang digunakan untuk membalut ikan.





Tetapi ia sebenarnya adalah nature imitation food packaging design. Nampak real!









Smart juga kalau packaging pizza macam ni. Lain daripada yang lain.




   cuba teka ini apa?

ini adalah roti. unik.




fashionista!



 
macam ni pun ada.




Tuesday, February 1, 2011

BOTOL PLASTIK

Penulis: RedChoz

Siapa kat dunia ini tak pernah minum air? Ha, siapa yang jawab ya tu, makna nya satu penipuan besar telah berlaku. Hehehe.

Bukan mengenai air yang ingin saya sampaikan tetapi persoalannya, apakah bekas yang anda gunakan untuk menyimpan air minuman tersebut? Senario yang biasa kita lihat ialah penggunaan semula botol air mineral.

Sebelum itu, mari kita lihat jenis - jenis plastik yang ada. (click table untuk imej besar)


sumber
 
Bagi yang sedang mengitar semula botol plastik air mineral yang telah dibeli sebulan yang lepas, sila lihat di bawah botol anda, kod apa yang tertera. Biasanya kod nombor 1.

Seandainya anda terjumpa kod nombor 7 atau tertera PC, maka jangan guna sebagai bekas menyimpan minuman kerana ianya toxic. 

Betul ke?

PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci. Sebagai contoh, air mineral yang di biar simpan dalam kereta dengan harapan bila dahaga masa memandu senang nak minum atau botol plastik mineral yang dicuci dengan sabun supaya clean and clear tetapi awas ia bahaya untuk kesihatan.

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak - kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

Whoa bahaya!

Apa yang dinyatakan di atas adalah penggunaan botol plastik berkod 7 atau PC. Bagaimana pula dengan botol minuman biasa seperti PET yang banyak terdapat di pasaran? Adakah mempunyai kebarangkalian untuk merembeskan bahan toksik yang sama?

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Schmid et al. (2008) di mana PET botol yang telah digunakan di isi dengan air dan dibiarkan di bawah panaran matahari selama 17 jam atau nama sebenar proses ini ialah SODIS (solar water disinfection). Mereka mendapati bahan plastisizer seperti DEHA (0.046ug/L) dan DEHP (0.71 ug/L) terdapat dalam air botol yang telah diguna semula tetapi tidak melebihi WHO guideline value iaitu 80ug/L bagi DEHA dan 8ug/L bagi DEHP. Jadi ia tidak toxic kepada manusia.

Kajian yang hampir serupa dilakukan pada tahun 1994 oleh Monarca et al. PET botol diisi air mineral dan di simpan selama 6 bulan. Selepas 2 minggu penyimpanan, terdapat perpindahan TOC (total organic carbon) ke dalam air tetapi tiada kesan mutagenicity sepanjang tempoh penyimpanan.

Fuh, lega! Secara keseluruhannya, PET botol selamat digunakan tetapi janganlah satu botol mineral diguna semula untuk setahun. Adalah digalak menggunakan botol yang memang dicipta untuk menyimpan minuman.

Bercakap tentang botol minuman ini, baru - baru ini saya lihat dipasaran (mungkin dah lama wujud tapi saya baru je perasan) botol minuman yang cantik dari pelbagai jenis material plastic termasuklah PC tetapi tertera BPA free, tahan suhu sejuk dan panas (-15'C hingga 100'C), diluluskan oleh FDA dan design pun cantik - cantik belaka. Harganya sekitar belasan ringgit ke atas. Agak mahal tapi bila difikirkan untuk kegunaan jangka panjang, selamat dan cantik rasanya berpatutan.










p/s: Rasa nak grab satu warna hitam. Nice!


Monday, January 31, 2011

Eat to Live

Penulis: Cik Petai
 

Eat to Live
or
Live to Eat

Rata-rata orang zaman sekarang mungkin "live to eat" jika dilihat dari gaya pemakanan harian mereka. Memandangkan Malaysia ni pun kaya raya dengan pelbagai jenis makanan, dari kaum Melayu, Cina, India dan Bumi di Sabah Sarawak. Belum lagi dibahagi mengikut negeri. Makanan orang Kelantan, orang Nogori, masakan Sarawak dan Sabah dan sebagainya. 

Pergh! Banyak sungguh pilihan. Kalau nak ikutkan. Tak termakan kita. Memang patut pun "live to eat" kalau ikutkan nafsu nak cuba semua makanan. Mati pun tak sempat cuba semua. Haha.
Sesetengah masakan ni khususnya masakan Melayu la aku ambik contoh senang. Banyak masakan yang berlemak, guna santan, dan kuih muih tu pulak kalau boleh seguni gula tumpah kot. Haaa, cam makanan Kelantan memang banyak yang manis, even masakan pedas pun terasa kemanisannya. Tapi, biasanya orang Kelantan ni mesti makan ulam, jadi dia counter balik kenaikan paras gula tu dengan ulam yang pahit sebagai ubat. Balance bukan?

Makan boleh tapi berpada-pada kuantitinya. Islam menyarankan kita makan sekadar untuk mendapatkan tenaga untuk tujuan beribadat dan beribadah kepadaNya. Solat, kerja mencari rezeki. Semua perlukan tenaga dan tenaga sumbernya makanan. Ingat, bahagian perut kita ada tiga iaitu 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara. Haha, ini nanti kita boleh cerita lebih dalam post lain tips makan dengan betul dan sihat.

Hmm, siapa yang kat sini makan, berhenti sebelum kenyang? Aku rasa segelintir aje kot. Termasuk aku maybe? Haha. Seboleh-bolehnya, kita nak sumbat jugak macam-macam kat dalam perut kita. 

Bila makan tu, ingatlah orang-orang yang kebuluran supaya kita tidak tamak dan mentekedarah tak sedar diri. Kesiankan perut tu juga. Makin banyak makan, pelbagai jenis, campur protein sana, karbohidrat sini, lemak situ, fuhhh. Perit En. Perut nak digest. Lepas tu, makanan yang tak digest, can lead to various of diseases. 

Makanan memberikan kita tenaga dan kesihatan, sekiranya kita makan dengan penuh syukur dan berpada-pada.
Makanan memberikan penyakit, seandainya kita makan berlebih-lebihan.
Bila dah berpenyakit, duit banyak habis untuk merawat, kematian pun dah standby kat sebelah.

Jadi, fikir-fikirkanlah sebelum makan.


ps: Makanan yang bersih dan halal juga faktor utama untuk kesucian hati.



First Words


Food Culprits wujud sebagai platform untuk luahan perasaan dan berkongsi info bersama. Semuanya mengenai makanan!

Awek British, RedChoz dan Cik Petai bakal berkongsi dengan pembaca pelbagai kisah dan isu menarik tentang makanan harian kita. Bermula dari kebaikan makanan, keburukan, kesan dan tips-tips untuk mengekalkan cara pemakanan yang sihat. 

Stay tune! 


Love,
-F.C-