Monday, January 31, 2011

Eat to Live

Penulis: Cik Petai
 

Eat to Live
or
Live to Eat

Rata-rata orang zaman sekarang mungkin "live to eat" jika dilihat dari gaya pemakanan harian mereka. Memandangkan Malaysia ni pun kaya raya dengan pelbagai jenis makanan, dari kaum Melayu, Cina, India dan Bumi di Sabah Sarawak. Belum lagi dibahagi mengikut negeri. Makanan orang Kelantan, orang Nogori, masakan Sarawak dan Sabah dan sebagainya. 

Pergh! Banyak sungguh pilihan. Kalau nak ikutkan. Tak termakan kita. Memang patut pun "live to eat" kalau ikutkan nafsu nak cuba semua makanan. Mati pun tak sempat cuba semua. Haha.
Sesetengah masakan ni khususnya masakan Melayu la aku ambik contoh senang. Banyak masakan yang berlemak, guna santan, dan kuih muih tu pulak kalau boleh seguni gula tumpah kot. Haaa, cam makanan Kelantan memang banyak yang manis, even masakan pedas pun terasa kemanisannya. Tapi, biasanya orang Kelantan ni mesti makan ulam, jadi dia counter balik kenaikan paras gula tu dengan ulam yang pahit sebagai ubat. Balance bukan?

Makan boleh tapi berpada-pada kuantitinya. Islam menyarankan kita makan sekadar untuk mendapatkan tenaga untuk tujuan beribadat dan beribadah kepadaNya. Solat, kerja mencari rezeki. Semua perlukan tenaga dan tenaga sumbernya makanan. Ingat, bahagian perut kita ada tiga iaitu 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara. Haha, ini nanti kita boleh cerita lebih dalam post lain tips makan dengan betul dan sihat.

Hmm, siapa yang kat sini makan, berhenti sebelum kenyang? Aku rasa segelintir aje kot. Termasuk aku maybe? Haha. Seboleh-bolehnya, kita nak sumbat jugak macam-macam kat dalam perut kita. 

Bila makan tu, ingatlah orang-orang yang kebuluran supaya kita tidak tamak dan mentekedarah tak sedar diri. Kesiankan perut tu juga. Makin banyak makan, pelbagai jenis, campur protein sana, karbohidrat sini, lemak situ, fuhhh. Perit En. Perut nak digest. Lepas tu, makanan yang tak digest, can lead to various of diseases. 

Makanan memberikan kita tenaga dan kesihatan, sekiranya kita makan dengan penuh syukur dan berpada-pada.
Makanan memberikan penyakit, seandainya kita makan berlebih-lebihan.
Bila dah berpenyakit, duit banyak habis untuk merawat, kematian pun dah standby kat sebelah.

Jadi, fikir-fikirkanlah sebelum makan.


ps: Makanan yang bersih dan halal juga faktor utama untuk kesucian hati.



0 comments:

Post a Comment