Tuesday, February 22, 2011

Asas Pemakanan : Etika Diet Rasulullah S.A.W.

Penulis: Cik Petai

Wow!
Lama betul aku tak post kat FoodCulprits. Maafkan kesibukan aku yang melampau. Idea ada jek untuk dikongsi dengan orang lain. Cuma, kekangan masa dan mood tak de. Mujur RedChocz ada untuk berkongsi kisah menarik mengenai food packaging kan? =D

By the way, sebelum aku proceed ke topik-topik menarik seperti makan untuk cantik, macam mana hendak kurus cara Cik Petai, dan teknologi pemprosesan makanan yang sangat menarik, biarlah aku start dengan basic pemakanan yang sihat. Kena ada basic dulu, baru kite pergi lebih mendalam.  Ya, kita sama belajar dan berkongsi apa yang tahu.

Yeah! Back to basic. 

Cuba tanya diri sendiri, adakah kita semua mengikut cara pemakanan sunnah Rasulullah S.A.W? Atau mentekedarah je apa yang dihajatkan?

Tak perlu nak Google ke sana ke mari, camne nak makan dengan sihat dan elak penyakit. Dalam al-Quran dan lengkap segalanya. Mari kita bermula dengan yang paling asas dulu ya!


Antara tata cara pemakanan Rasulullah S.A.W. ialah:



1. Mulakan dengan Bismillah

 Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' "(HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.Kalau sakit perut tu, mungkin lupa baca Bismillah?



2.  Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran Rasulullah S.A.W.. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu."  Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh.".  Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (HR Muslim)
Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya."  (HR Muslim)

Tahu tak kenapa Rasulullah gunakan tangan? Kenapa bukan kayu or batu atau daun? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.



3. Makan yang berhampiran.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (HR Bukhari dan Muslim)



4. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.



5. Cara minum

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. 

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas semasa kita minum, kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air. Dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.




6. Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim) 



7. Larangan mencela makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

Mungkin bermula dari hari ini, jangan nak komen makanan tu berlebih-lebihan. Ianya lebih baik dari tak dapat makan langsung kan? Kalau tak suka, senyap dan cari makanan lain.



8. Tidak bersandar ketika makan

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)



9. Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)



10. Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)



11. Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)

Aku wajib jilat jari selepas makan. Cuba untuk mengikut sunnah Nabi mana-mana yang aku mampu. Nikmat dia lain tau. Lebih kenyang dan puas hati. Makanan terasa lebih sedap. Hehe. Cubalah. 



12. Doa setelah selesai makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi S.A.W. apabila selesai makan menyebut,
'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in, wa la
mustaghnan 'anhu rabbana'." (HR Bukhari) 

Dari Muad bin Anas r.a. berkata:  Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang selesai makanan kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi
min ghairi haulin minni wa la quwwatin',  akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."  (HR Tirmidzi)



13. Galakan bercakap

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, "Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadith yang dibawakan oleh Jabir r.a. sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam "Bab memuji makanan." 
Imam Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang salih dalam makanan.(al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)

Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.

Tetapi, tidaklah bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut.


Aku rasa cukup setakat ini dulu. Cuba amalkan perlahan-lahan sunnah Nabi S.A.W kita ni. Insya Allah kurang penyakit dalam diri kita. 




Firman Allah bermaksud: 
“Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf: 31) 
dan “Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu kufur dengan Tuhannya.” (Surah Al-Israk: 27)


Nantikan post seterusnya dari kami!

0 comments:

Post a Comment