Tuesday, February 1, 2011

BOTOL PLASTIK

Penulis: RedChoz

Siapa kat dunia ini tak pernah minum air? Ha, siapa yang jawab ya tu, makna nya satu penipuan besar telah berlaku. Hehehe.

Bukan mengenai air yang ingin saya sampaikan tetapi persoalannya, apakah bekas yang anda gunakan untuk menyimpan air minuman tersebut? Senario yang biasa kita lihat ialah penggunaan semula botol air mineral.

Sebelum itu, mari kita lihat jenis - jenis plastik yang ada. (click table untuk imej besar)


sumber
 
Bagi yang sedang mengitar semula botol plastik air mineral yang telah dibeli sebulan yang lepas, sila lihat di bawah botol anda, kod apa yang tertera. Biasanya kod nombor 1.

Seandainya anda terjumpa kod nombor 7 atau tertera PC, maka jangan guna sebagai bekas menyimpan minuman kerana ianya toxic. 

Betul ke?

PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci. Sebagai contoh, air mineral yang di biar simpan dalam kereta dengan harapan bila dahaga masa memandu senang nak minum atau botol plastik mineral yang dicuci dengan sabun supaya clean and clear tetapi awas ia bahaya untuk kesihatan.

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak - kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

Whoa bahaya!

Apa yang dinyatakan di atas adalah penggunaan botol plastik berkod 7 atau PC. Bagaimana pula dengan botol minuman biasa seperti PET yang banyak terdapat di pasaran? Adakah mempunyai kebarangkalian untuk merembeskan bahan toksik yang sama?

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Schmid et al. (2008) di mana PET botol yang telah digunakan di isi dengan air dan dibiarkan di bawah panaran matahari selama 17 jam atau nama sebenar proses ini ialah SODIS (solar water disinfection). Mereka mendapati bahan plastisizer seperti DEHA (0.046ug/L) dan DEHP (0.71 ug/L) terdapat dalam air botol yang telah diguna semula tetapi tidak melebihi WHO guideline value iaitu 80ug/L bagi DEHA dan 8ug/L bagi DEHP. Jadi ia tidak toxic kepada manusia.

Kajian yang hampir serupa dilakukan pada tahun 1994 oleh Monarca et al. PET botol diisi air mineral dan di simpan selama 6 bulan. Selepas 2 minggu penyimpanan, terdapat perpindahan TOC (total organic carbon) ke dalam air tetapi tiada kesan mutagenicity sepanjang tempoh penyimpanan.

Fuh, lega! Secara keseluruhannya, PET botol selamat digunakan tetapi janganlah satu botol mineral diguna semula untuk setahun. Adalah digalak menggunakan botol yang memang dicipta untuk menyimpan minuman.

Bercakap tentang botol minuman ini, baru - baru ini saya lihat dipasaran (mungkin dah lama wujud tapi saya baru je perasan) botol minuman yang cantik dari pelbagai jenis material plastic termasuklah PC tetapi tertera BPA free, tahan suhu sejuk dan panas (-15'C hingga 100'C), diluluskan oleh FDA dan design pun cantik - cantik belaka. Harganya sekitar belasan ringgit ke atas. Agak mahal tapi bila difikirkan untuk kegunaan jangka panjang, selamat dan cantik rasanya berpatutan.










p/s: Rasa nak grab satu warna hitam. Nice!


0 comments:

Post a Comment